Wednesday, November 19, 2008

Peti Ais Hitachi yang baru saya beli

DSC_0094.JPG

Peti Ais bukanlah merupakan barangan yang selalu dibeli. Kali terakhir Peti Ais kami beli adalah lebihkurang 4 atau 5 tahun yang lalu.

Proses mencari peti ais baru bukanlah semudah yang disangka. Ianya bermula apabila peti ais yang lama telah rosak dan dihantar untuk dibaiki. Sementara menunggu peti ais untuk dibaiki maka terlintaslah difikiran mungkin sudah sampai masanya untuk mendapatkan peti ais yang baru.

Peti ais yang lama cadangnya hendak didermakan kepada pusat jagaan kanak-kanak di pejabat isteri yang bakal dibuka bulan depan.

Mencari peti ais yang sesuai bukan suatu kerja yang mudah kerana tidak seperti membeli telefon bimbit atau komputer, kita sentiasa mengikuti perkembangan teknologi semasa. Siapa yang mengikuti perkembangan teknologi peti ais semasa? Peminat atau penjual peti ais agaknya.

Pencarian bermula di Jusco Bandar Utama. Berbekalkan ukuran kabinet ruang peti ais kami bertolak ke lokasi. Kenapa Jusco? kerana Jusco tak nampak mahal dan tak nampak murah, tak jauh sangat dan parking pun hanya RM1 sahaja.

Peti ais pertama yang ditemui adalah yang dipamerkan di tepi pintu masuk Jusco, jenama Mitsubishi. Itupun ada banyak model ada yang single door, split door, multiple door dan banyak lah lagi model-model yang lain.

Ada yang model import, model thailand dan model balakong. Model import keseluruhan dan ada AP adalah berharga RM7000, huh? Tengok punya tengok dan banding punya banding akhirnya berakhir dengan model yang berkenan. Harga RM2,200 selepas diskaun.

Kemudian nak pilih warna pulak, pilih punya pilih pilih warna yang tak ada, iaitu stainless steel. Kerana tak ada pilih sahaja warna titanuim.

Setelah selesai membuat tempahan, tiba waktu untuk pembayaran, untuk sampai ke kaunter pembayaran, kenalah lalu kawasan barangan dapur yang lain. Alamak, baru perasaan yang peti ais ini ada manyak jenama rupanya. Terdapat jenama dari Elba, LG, Hitachi, Panasonic, Pensonic dan entah apa-apa lagi.

Mata dah menjadi semangkin rambang, harga pula kelihatan semangkin murah. Proses perbandingan dan pembelekan pun bermula sekali lagi.

Pilih punya pilih, berkenan pula kepada Hitachi. Rupa-rupanya peti ais ada bermacam teknologi, ada teknologi nano, ada teknologi zero cool, bacteria free, dan bermacam-macam lagi.

Untuk memendekkan cerita, peti ais yang menjadi pilihan adalah dari jenama Hitachi, pilihan kerana ianya ada zero cool. Jenama yang lain seperti LG dan Panasonic tidak lagi menjadi pilihan kerana LG entah kenapa badanya cepat karat dan Panasonic pula jenama yang dahulu dah dipakai.

Setelah proses pembelian selesai, proses penghantaran akan mengambil masa seminggu.

Janji nak dihantar semalam hari sabtu, tetapi dapat panggilan yang lori penghantaran telah rosak. Penghantaran telah dijadualkan semula untuk pagi ini, hari ahad, sebelum jam 10 pagi.

Sekarang jam 11:40. Peti Ais yang dipesan telah pun tiba. Tetapi ianya tidak boleh lagi dipasang sehingga jam 2 petang nanti. Katanya kerana dibawa melalui lori terdapat pergerakan gas didalam compressor. Ini nak kena semak kenapa begitu.

Bila dah sampai baru terfikir kenapa tak beli yang tak ada freezer? sebab kami dah ada freezer yang berasingan. Hmm, itulah beli tak buat catatan keperluan. Lain kali nak beli peti ais kena google dahulu seperti membeli bahan teknologi yang lain.

Mungkin didalam masa 5 tahun lagi boleh ganti yang ada sambungan ke Internet. Dah cuba cari tapi tak ada jual lagi di Malaysia. Ok. boleh berhenti memikirkan berkenaan dengan peti ais untuk 5 tahun akan datang.

No comments: